Sejarah Sabah

Sejarah Negeri Sabah di bawah bayu boleh dijejaki semula pada kira-kira wujud 20,000–30,000 tahun yang lalu, seperti yang dibuktikan oleh alatan batu dan sisa makanan yang ditemui oleh penggalian di sepanjang kawasan Teluk Darvel di gua Madai-Baturong berhampiran Sungai Tingkayu. Penduduk terawal di kawasan itu yang berbangsa etnik idahan dianggap serupa dengan Orang Asli Australia dan peradaban Taiwan. Pada tahun 2003, ahli arkeologi menemui lembah Mansuli di Daerah Lahad Datu juga merupakan kawasan etnik idahan, yang bermula sejak sejarah Sabah hingga 235,000 tahun yang lalu. Tapak arkeologi di Bukit Tengkorak di Daerah Semporna terkenal sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar pada zaman Neolitik Asia Tenggara. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.[2] Bahagian timur Negeri Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh dalam Perang Saudara Brunei 1665 hingga 1673 , namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan kepada Kesultanan Sulu kerana tentera Sulu tidak turut serta dalam perang tersebut dan di katakan hanya tiba ketika peperangan telah tamat. Tetapi Sultan Sulu tetap menuntut bahagian timur negeri Sabah itu dari Sultan Brunei yang dipimpin oleh Sultan Muhyiddin. [3]Sehingga sekarang pun masih dituntut walaupun Sabah telah menjadi negeri dalam Malaysia .

  1. ^ Rozan Yunos (21 September 2008). "How Brunei lost its northern province". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ James W. Gould (1969), The United States and Malaysia. - Cambridge, Mass.: Harvard Univ. Press, American Foreign Policy Library, Harvard University Press, m/s. 71, ISBN 0674926153, 9780674926158 Check |isbn= value: invalid character (bantuan), dicapai pada 2012-12-28
  3. ^ Rozan Yunos (7 Mac 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2013. Dicapai pada 20 September 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search